Salam sejahtera salam sedunia.
Nak taip pun nervous, hehe takpe la. Nak ingat balik apa yang mama nasihatkan. 👩
Kita dah cuba minta pertolongan dengan orang lain, pergi KL naik train dari pagi sampai malam ada ditempat tu. Mama dah menangis, mama dah bercakap dengan ramai orang tapi masih tiada apa-apa perubahan. Mama kata kita kalau suatu hari kita nak tolong orang lain, mesti akan teringat saat ini. Macam mana payah nya orang tu perlukan bantuan dari segi kewangan tu untuk keperluan keadaan pada masa tu. Kalau tidak kenapa ada orang sanggup mencuri untuk support kewangan mereka. 💭
Penat memang penat. Orang baik diuji dengan dugaan. Kene belajarlah dari apa yang diuji. Dari ujian kita ni, sisip la doa untuk bantu orang. Minta sesuatu besar pada Allah agar kita dapat membantu orang pada ketika mereka memerlukan bantuan. 💬
Satu ujian melibatkan diri ini dengan orang lain, adakah satu permulaan untuk kita mula merendahkan diri kita ketempat yang betul-betul kita tak pernah imagine, iaitu kita begging dengan orang lain untuk bantu kita. Satu perasaan yang kita rasa alive. Wau bkn hanya dalam drama tapi ini betul2 benaran. Hidup ni tak pernah lari dari ujian. Ujian besar atau kecil kita tak dapat bayangkan. Dengan usaha, doa, tawakal adalah satu-satu nya jalan untuk kita mengahadapinya. Setiap keputusan nak buat memang ada kebenaran nya dalam setiap sujud. Kenapa kita kene buat solat hajat, tahajud, dhuha. Mungkin memberi guide kepada kita. Dan hasil boleh berubah bila kita dah buat keputusan seperti apa kita nampak dari petunjuk. Tapi Allah nak lihat kita, kita bertanya pada Dia, kita tak pernah putus meminta dan beringat kepada Dia. 💗
Dengan itu bila teringat kisah sendiri, berlinangan air mata ni haa. Rasa bersyukur sangat kepada Allah kepada mama kerana membantu kita belajar menghadapi ujian ni. Mama kata dia dari dulu diuji, dan perkara tu selesai sebab masa pun berjalan. Kemudian diuji lagi, sampai la sekarang umur mama 50 tahun. Tak pernah putus. 😏
Kita memang ego, budak baru nak kenal dunia, bila dah kenal baru tahu. Terima kasih abg Fariz, Mel, Man dan Tuan Yusuf, Abang Fardy bunga bantu pada masa tu. Jasa anda takkan pernah saya lupa. Tuan Izeham pun, terima kasih banyak. Terlalu ramai yang terlibat. Ada lagi yang tak tersebut.
💗💗😊